6 Tips Mudah Hilangkan Bau Hancing Pada Tilam

“Alahai… anak kencing pula kat atas tilam. Boleh hilang ke ni?”

Mungkin situasi ini adalah situasi yang paling mencemaskan bagi semua ibu bapa yang mempunyai anak kecil dirumah. Betul tak? Tempat tidur sepatutnya menjadi tempat yang bersih dan tidak berbau, namun kalau ada anak kecil, perkara ini pasti susah nak dielakkan. Air kencing pasti akan meninggalkan bau hancing dan juga kesan kuning ke atas tilam anda. Kalau tak kena cara, 3-4 kali cuci pun belum tentu hilang bau dan kesannya.

Kita semua tahu, cara yang paling mudah untuk mengatasi masalah ini adalah menggunakan pelindung tilam, tetapi tak semua orang mempunyai masa atau duit untuk membelinya dan kadang-kadang pelindung tilam ini mungkin menyebabkan rasa panas akibat material yang kalis air. Oleh itu, jangan pening-pening kepala bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini kerana kami boleh tolong anda untuk selesaikan.

Tertanya-tanya bagaimana cara yang mudah untuk menghilangkan kesan atau bau hancing daripada tilam?  Mungkin anda patut cuba tips di bawah ini.

Tips mudah untuk hilangkan kesan dan bau hancing pada tilam

  1. Gunakan sabun pencuci baju

Cara yang paling mudah adalah menggunakan sabun pencuci dan ratakan ke bahagian yang terkena kencing itu. Kemudian serapkan kembali menggunakan tuala kering. Pastikan anda tekan tuala kering itu dengan kuat bagi memastikan ia dapat menyerap lebih banyak lembapan. Jika perlu, gosokkan sedikit tuala itu untuk tujuan mengelap bahagian yang terkena air kencing.

Tips: Untuk kesan yang terbaik, gunakan sabun pencuci baju berasaskan enzim kerana ia akan menguraikan asik urik yang menjadi punca kesan kotoran dan bau hancing pada tilam anda.

  1. Gunakan cuka

Cuka yang biasa digunakan di dapur? Biar betul? Ya, anda boleh cuba saja cuka untuk menghilangkan kesan dan bau hancing yang terdapat pada tilam anda. Kadangkala, sabun tak cukup kuat untuk hilangkan bau hancing akibat daripada bau hancing yang terlalu kuat. Jadi, cuka adalah pilihan lain kerana ia mempunyai tahap keasidan yang sesuai untuk membunuh kulat, dan bakteria.

Tips: Untuk cara yang lebih berkesan, gunakan cuka putih (white distilled vinegar) dan campurkannya dengan air suam. Goncangkan dan tekapkan cuka ini pada kain kemudian kesatkan pada tompokan air kencing itu selama 10-15 minit.

  1. Gunakan soda penaik

Soda penaik boleh digunakan selepas anda mencuci tilam anda dengan sabun atau cuka. Taburkan soda penaik atau soda bikarbonat pada tompokan air kencing tersebut, tutup kawasan tompokan kencing itu dengan plastik atau balutkannya dan biarkan ia semalaman. Pada keesokkan harinya, buang plastik itu dan vakum untuk membersihkannya.

Tips: Lebih banyak anda gunakan soda penaik lebih baik kerana ia akan ‘menarik’ bau dan kotoran yang masih tertinggal.

  1. Gunakan campuran hidrogen peroksida

Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu kegunaan hidrogen peroksida atau mungkin anda tak pernah dengar pun tentangnya. Sebenarnya ia adalah salah satu formula bagi menghilangkan kotoran, kesan kekuningan dan bau hancing. Antara bahan-bahan yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut:

  • 8oz hidrogen peroksida
  • 3 sudu besar soda penaik
  • Setitik sabun pencuci

Campurkan hingga soda penaik itu larut dan masukkan ke dalam botol spray yang kosong. Semburkan ia ditompokan air kencing, gosokkan sedikit dan biarkan ia mengering. Jika sudah kering sepenuhnya, bersihkan sisa habuk atau kesan soda penaik yang tertinggal. Selepas itu, lihatlah hasilnya!

Tips: Antara campuran bahan lain yang anda boleh gunakan jika anda tidak mempunyai bahan di atas ialah campuran antara hidrogen peroksida, cuka, dan air suam. Hasilnya adalah sama seperti bahan sebelumnya.

  1. Gunakan semburan penyegar

Semburan penyegar boleh digunakan selepas cucian dilakukan. Ia boleh menambahkan bauan segar pada tilam anda yang pasti akan membuat anda tidur dengan lena. Caranya, anda boleh titiskan minyak aromaterapi dan campurkan ia dengan soda penaik. Sembur pada tilam atau kawasan tompokan air kencing dan biarkan selama 10 minit. Selepas itu, vakumkan hingga bersih.

Tips: Langkah ini juga berkesan dan boleh dilakukan untuk membuang bau hapak serta menyegarkan tilam anda, walaupun tilam anda tidak terkena air kencing.

  1. Gunakan perkhidmatan pembersihan profesional

Ada satu lagi tips yang penting dan boleh anda lakukan jika semua tips di atas tidak berkesan. Inilah masanya untuk anda menggunakan perkhidmatan pembersihan profesional untuk menyelesaikan masalah ini. Pasti anda tertanya-tanya, kenapa sampai perlukan perkhidmatan pembersihan profesional untuk mencuci tilam yang terkena air kencing?

Ini kerana perkhidmatan pembersihan yang profesional mempunyai kelengkapan khas dan penggunaan detergen yang sesuai bagi memastikan tilam anda betul-betul bebas daripada kesan dan bau hancing. Mereka juga mempunyai bahan pencuci yang diformulasi khas untuk menghapuskan bakteria, warna kuning dan bau hancing supaya anda kekal selamat dan bersih.

Dengan adanya perkhidmatan ini, anda tak perlu lagi bersusah-payah untuk mencari bahan-bahan tersebut, tak perlu angkat tilam untuk menjemurkannya di bawah matahari dan tak perlu lagi susah-susah untuk mengosoknya. Anda cuma duduk di rumah sahaja dan hubungi yang pakar terus ke rumah anda. Kan mudah macam tu? Hehe.

Nurjiha Fatiha Binti Mohd Erizal

Leave a Replay

Recent Posts

CleanHero