Jika anda mengelap jari di mana-mana permukaan rumah anda yang belum dibersihkan dalam beberapa hari yang lalu, mungkin anda dapat lihat pada hujung jari anda terdapat debu atau habuk. Lihatlah di sekeliling persekitaran rumah anda dimana anda akan ternampak debu pada barangan anda yang berasal dari zarah-zarah yang terapung di bawah sinar matahari membentuk lapisan halus debu pada permukaan perabot, skrin televisyen dan papan pemuka kereta.

 

Definisi Habuk & Debu 

Debu berasal daripada semua benda dan boleh dianggap seperti kematian dan cukai, yang mana tidak boleh dielak. Apabila barangan seperti kasut, batu, tumbuhan, stokin, kulit dan apa-apa sahaja memecah lalu melepaskan kepingan-kepingan yang kecil ke udara.

Cebisan yang tak terkira ini berada di mana-mana sahaja kerana proses degradasi, penuaan, kerosakan akan sentiasa berlaku dan pembentukan habuk  tidak akan berakhir.

 

Debu

Dalam rumah kebiasaannya debu terdiri daripada sisa-sisa seperti bahagian serangga yang mati, serpihan kulit, zarah makanan dan serpihan kain. Tetapi tidak semua habuk berpunca daripada hasil kerosakan semula jadi yang mampu menambah kuantiti debu yang luar biasa pada setiap hari.

Contohnya, satu batang rokok mengandungi anggaran 4 bilion zarah debu yang besar. Industri daripada pelbagai jenis pengilangan kayu kepada pembuatan keluli berskala besar yang menghasilkan jenis debu tertentu. Asap kilang dan kereta juga akan membentuk debu. Secara ringkasnya, habuk dan debu sentiasa ada di sekeliling kita termasuk dalam udara yang kita bernafas.

Kerana zarahnya sangat kecil, habuk sangat mudah bergerak dan berpindah. Angin ke arah barat terus meniup debu dari padang pasir gurun Sahara melintasi Atlantik dan atmosfera di atas bandar-bandar pantai Amerika, di mana ia menyumbang kepada beberapa matahari terbit yang luar biasa.

Using a dust mop to dust
Sumber : https://indianapublicmedia.org

Petikan sumber daripada https://indianapublicmedia.org

Book A Service Now

Website

  • 24/7
  • Fast Process
  • Quick Scheduling
15% discount

Consultant

  • 9AM to 5PM
  • Fast Response
  • Expert Advice

Website

  • 24/7
  • Fast Process
  • Real Time Scheduling
15% discount

Consultant

  • 9AM to 5PM
  • Fast Response
  • Expert Advice

Share this post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

You may also like...

Jangan lepaskan peluang ini!
Klik gambar untuk WhatsApp sekarang.​