Fakta Dalaman Kereta Yang Mengejutkan

Clean Hero

Clean Hero

All Posts
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Adakah kereta anda membuatkan anda sakit?

Kita bangga dengan keadaan kereta kita. Betul tak? Siapa yang tidak menyukai satu perkara yang bersih dan cantik?

Tetapi jangan biarkan anda tertipu dengan pandangan yang bersih, tiada tompokan. Pengguna kenderaan mampu meninggalkan pelbagai jenis bakteria, virus, kulat dan hama. Kita sendiri boleh lihat akan berlakunya perbezaan semasa musim selsema dan alergik.

Jill Holdsworth merupakan pakar pencegah jangkitan dan presiden Pengarah Metro Chapter bagi Persatuan Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi Profesional. Beliau mengatakan persekitaran dalaman kereta kita boleh menjadi tempat yang sangat sesuai bagi proses pembiakan bakteria jika anda tidak berhati-hati.

“Tempat yang paling kerap berlakunya proses pembiakan bakteria adalah pada kawasan di mana kita menyentuh tangan,”

kata Holdsworth. Kawasan-kawasan ini termasuk stereng, radio, penukar gear, pemegang cawan dan kerusi kereta.

Image result for land cruiser inside
http://www.eurotechtuningca.com

Bahagian dalam kereta sering kali diabaikan untuk dibersihkan dengan pembersihan secara mendalam.

Satu kajian yang dijalankan beberapa tahun yang lalu oleh pakar-pakar di Universiti Queen Mary di London menunjukkan,

purata terdapat 700 jenis bakteria dalam bahagian kereta berbanding dengan 60 jenis bakteria dalam tandas awam biasa.

“Saya akan sentiasa menyimpan sebotol sabun pencuci tangan kecil,” kata Holdsworth. “Saya akan sentiasa menyimpan tisu basah yang memboleh membasmi kuman.” Simpan sehelai kain lap di dalam kereta dan lap di kawasan yang umum secara kerap.

Jika kita tidak berusaha untuk membasmi kuman, kuman-kuman di dalam kereta kita dengan mudah boleh menyebarkan virus selsema beserta dengan penyakit gastrointestinal (perut) seperti norovirus.

APIC baru sahaja melancarkan laman web “Pencegahan jangkitan dan Anda” untuk memberikan maklumat mengenai pencegahan jangkitan : www.apic.org/infectionpreventionandyou. Laman ini menyediakan banyak tips pengguna untuk pencegahan jangkitan di rumah, di tempat awam dan di kemudahan penjagaan kesihatan.

Holdsworth menjalankan ujian kuman dalaman kereta dan hasilnya pasti akan membuat anda terkejut.


Petikan sumber daripada https://www.usatoday.com

More to explorer

CleanHero