ANDA TANYA, KAMI JAWAB

Caj minimum ini dikenakan kerana terdapat kos minimum yang perlu ditanggung oleh syarikat sewaktu menjalankan cucian di tempat pelanggan.

Cucian dilakukan di tempat pelanggan. Kami membawa peralatan cucian dan kepakaran ke tempat anda.

Tidak. Fabrik anda tidak akan terus kering kerana teknik cucian kami menggunakan air dan bahan pencuci khas fabrik seperti yang disyorkan oleh badan antarabangsa (IICRC). Fabrik anda akan basah sekitar 15% selepas cucian.

 

Tidak. Teknik cucian kami tidak memerlukan kusyen kereta pelanggan ditanggalkan. Kami juga TIDAK MENJALANKAN perkhidmatan cucian yang memerlukan kusyen kereta ditanggalkan.

 

Secara purata, kami anggarkan sekitar 2-3 jam untuk fabrik betul-betul kering. Pihak pelanggan dinasihatkan membenarkan pengaliran udara yang baik di kawasan cucian dengan menghidupkan kipas dan membuka tingkap atau memasang alat penghawa dingin.

 

CleanHero mematuhi standard yang ditetapkan badan pengawas antarabangsa (IICRC). Teknik kami akan menggunakan air dan sabun yang mana akan menyebabkan fabrik basah. Air ini akan disedut kembali bersama-sama kotoran menggunakan mesin khas yang diselia kawal oleh Carpet Rug Institute (Seal of Approval – Extractor & Vacuum). Teknik ini sama sekali tidak akan mengotorkan ruang tamu rumah anda.

 

Mencuci adalah tidak sama seperti memulihara. Sekiranya anda melakukan cucian berkala, fabrik/kulit anda akan kekal seperti baru dalam tempoh yang lebih lama. Namun sekiranya sudah lama fabrik/kulit anda tidak dicuci, tiada jaminan bahawa fabrik akan kembali baharu seperti sewaktu beli. Kami sedaya upaya melakukan cucian yang terbaik supaya fabrik/kulit anda kembali ceria dan bersih.

Boleh sekiranya terdapat punca air dan elektrik di kawasan tempat letak kereta pihak pelanggan serta mendapat kebenaran daripada pengurusan kondominium/apartment.

CleanHero amat menekankan aspek kualiti cucian. Kami hanya menggunakan bahan cuci yang berkualiti premium dan terbukti berkesan diperingkat antarabangsa. Selain itu, pasukan juruteknik cucian CleanHero dilatih dengan ketat dan berkala menggunakan modul antarabangsa (IICRCWoolSafe dan TruckMount Academy)

Kotoran seperti kencing, muntah, darah, dakwat, cat, toner printer, air ikan/sotong, minyak hitam, gris dan beberapa kotoran lain adalah merupakan kotoran spesifik yang tidak mampu dihilangkan menggunakan bahan pencuci alkali biasa. CleanHero menggunakan bahan pencuci yang selamat untuk fabrik serta berkesan untuk menghilangkan kotoran tersebut.

Tiada jaminan bahawa kesan kotoran ini dapat dihilangkan 100%. CleanHero telah mengikuti prosedur ketat yang ditetapkan badan antarabangsa IICRCdalam proses cucian ini. Tiada satu syarikat cucian profesional pun yang berani memberi jaminan hilang 100% kerana ini melanggar etika yang telah ditetapkan badan IICRC. Kami sedaya upaya melakukan terbaik supaya fabrik anda kembali cantik dan wangi.

Tidak. Kami menggunakan standard yang telah ditetapkan oleh badan antarabangsa seperti IICRC dan WoolSafe. Tiada keperluan untuk menggunakan mesin stim semasa cucian dilakukan. Penggunaan istilah steam digunakan secara meluas di Amerika Syarikat adalah hanya bagi tujuan pemasaran. Pada hakikatnya, cucian hanya dilakukan menggunakan air panas. Namun dengan teknologi moden, bahan pencuci pada suhu bilik juga mampu memberikan kesan yang baik pada kotoran.

Buat masa ini hanya beberapa cawangan sahaja yang mempunyai mesin stim panas yang mana digunakan bagi tujuan pembasmian kuman dan hama. Tuan puan perlu maklumkan perkara ini semasa proses tempahan.

Bagi cucian karpet komersial, kami perlu melakukan site visit kerana ini adalah piawaian/standard yang telah ditetapkan IICRC bagi menjamin mutu kerja kami. Proses site visit ini membantu kami mendapatkan maklumat seperti jenis karpet, jenis kotoran, keadaan tempat cucian dan juga saiz kawasan cucian. Hal ini penting bagi menentukan kaedah cucian yang terbaik seperti jenis bahan pencuci, jenis mesin dan berapa ramai tenaga kerja diperlukan.

Cucian leather adalah proses mencuci bagi menghilangkan kotoran seperti daki, peluh dan sesetengah dakwat. Manakala proses restoration adalah proses membaik pulih bahagian kulit yang calar, koyakan kecil atau kesan dakwat yang tidak boleh tanggal.

Tidak. Kami tidak boleh menjamin bahagian yang rosak seperti calar, koyakan kecil akan menjadi 100% baru. Tetapi proses ini memberi penambahbaikkan kepada rupa barangan leather anda. Tidak dapat dinafikan, ada yang hasil menjadi seperti baru kerana kerosakan yang berlaku adalah kecil.

CleanHero