Perbezaan Jenis Aksesori Kepala Vakum

Clean Hero

Clean Hero

All Posts
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Tahukah kita, pemilihan jenis aksesori vakum atau kita panggil kepala vakum sebenarnya memberi kesan terhadap prestasi cucian. Ini kerana setiap kepala direka dengan ciri khas masing-masing. Di bawah ini kami senaraikan lima jenis aksesori kepala vakum yang biasa terdapat pada sesuatu vakum.

Aksesori Standard (Multi-floor Tool)

Sumber: https://ductedvacuumcentre.com.au

Kepala jenis standard adalah yang paling biasa ditemui di rumah. Kepala jenis ini boleh digunakan diatas permukaan lantai keras dan juga karpet. Kepala jenis ini biasanya mempunyai butang yang membolehkan pengguna untuk beralih daripada membersihkan karpet kepada lantai(untuk lantai kebiasaannya akan ada berus bagi mengelakkan lantai dari calar). Kepala jenis ini adalah yang paling umum kerana ia adalah aksesori standard apabila membeli vakum.

Sumber: Google

Aksesori Lantai Keras

Kepala vakum jenis ini direka khas untuk digunakan pada permukaan lantai keras. Ia tidak sesuai digunakan pada permukaan jenis lain. Kepala jenis ini mempunyai ciri khas untuk mengelakkan lantai dari calar. Sesetengah aksesori jenis ini mempunyai lain seperti kain microfiber yang direka untuk menangkap habuk-habuk yang tertinggal.

 

 

Aksesori Karpet Turbohead

Sumber: http://naturallybubbly.com

Kepala jenis turbohead direka untuk memberi sedutan yang lebih mendalam berbanding aksesori kepala standard. Aksesori jenis ini banyak digunakan oleh pencuci fabrik professional kerana ia mempunyai berus yang berputar dan mampu mengorek bulu karpet bilamana anda membersih karpet. Berus dikepala ini berpusing akibat digerakkan oleh pergerakan angin apabila menyedut. Kepala jenis Turbohead ini sangat sesuai untuk menyedut permukaan karpet yang dipenuhi bulu haiwan, pasir serta tanah. Kepala ini hanya sesuai digunanakan di permukaan fabrik seperti karpet, sofa dan lain-lain.

Aksesori Powerhead

Sumber: https://www.centralvacuumonline.com

Kepala jenis Powerhead adalah yang paling terbaik daripada semua jenis di atas bagi permukaan karpet. Powerhead menggunakan berus berpusing yang digerakkan menggunakan motor elektrik. Kepala jenis Powerhead bukan sahaja mampu menyedut habuk di permukaan malah mengangkat bulu karpet dan kotoran degil seperti habuk yang melekat, debu dan juga hama yang mencengkam. Kepala jenis ini mempunyai motor elektrik yang asing untuk memutarkan berus secara berterusan dan memberi kuasa lebih kuat dan lebih kurang tersangkut pada bulu karpet berbanding aksesori jenis Turbohead. Kebanyakan vakum yang mempunyai Powerhead mempunyai suis khas untuk menghidupkan berus daripada suis utama.

More to explorer

CleanHero