Karpet atau permaidani menambah sentuhan selesa dan bergaya di kediaman anda. Malangnya, serat karpet dengan mudah boleh menyembunyikan kotoran, bakteria, bulu haiwan peliharaan dan segala jenis kuman dari pandangan kita.

Tentu anda pernah terfikir bahawa anda sendiri mampu menjaga karpet anda dengan bersih kan? Cuma perlu vakum atau mencucinya sendiri saja. Tetapi anda silap. Sebenarnya karpet juga memerlukan penjagaan yang rapi.

Inilah hakikat yang mungkin ramai orang terlupa atau mungkin ada yang tidak tahu pun. Sebenarnya karpet juga memerlukan cucian berkala daripada perkhidmatan pembersihan yang profesional. Malah, hampir semua syarikat pembuatan karpet menyarankan anda untuk membersihkan karpet anda secara profesional setiap 8 hingga 12 bulan sekali untuk memastikan karpet anda sentiasa bersih dan selamat digunakan.

Dalam erti kata lain, vakum atau membersihkannya sendiri tidak mencukupi untuk memastikan karpet anda benar-benar bersih dan selamat. Jadi berapa kerap anda perlu mencuci karpet anda?

Cucian karpet berkala

Mencuci karpet bukan sahaja untuk memastikan karpet anda kekal cantik dan gebu, tetapi ia juga memastikan kualiti udara dalaman yang segar, mengurangkan risiko penyakit, dan memastikan karpet anda dapat digunakan dalam jangka masa yang lama.

Tetapi bagi kebanyakan orang, soalan biasa yang akan di tanya mengenai karpet adalah “Berapa kerap saya perlu cuci karpet saya?” Cara yang terbaik adalah untuk memastikan cucian berkala dilakukan ke atas karpet anda. Tetapi apa maksud berkala? Nah, cucian berkala sebenarnya bergantung pada keadaan persekitaran karpet anda. Ada beberapa persoalan yang perlu dititikberatkan untuk mengetahui berapa kerap anda perlu mencuci karpet anda, antaranya:

  • Adakah anda mempunyai anak kecil?
  • Adakah anda mempunyai haiwan peliharaan?
  • Adakah anda mempunyai alahan?
  • Ada tak sesiapa di dalam rumah merokok?

Jika anda tidak mempunyai anak kecil, haiwan peliharaan atau perokok, cucian berkala yang harus anda lakukan untuk memastikan karpet anda bersih dan selamat adalah setahun sekali. Tetapi, jika anda mempunyai anak kecil, haiwan peliharaan atau perokok, anda disyorkan untuk melakukan cucian profesional di antara 3 hingga 6 bulan sekali.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh lihat jadual cucian berkala di bawah:

Persekitaran

Kekerapan cucian biasa yang dilakukanSyarat khasKekerapan cucian yang diperlukan
Penjagaan harian

1 minggu

Epidemik

Setiap hari

Rumah penjagaan

1 bulan

Kelembapan yang tinggi

1 minggu

Restoran

1 bulan

Berdebu

1 minggu

Sekolah, masjid & surau

3-6 bulan

Berdebu

1-2 bulan

Kediaman

8-12 bulan

Kanak-kanak/Haiwan Peliharaan

3-6 bulan

Bangunan pejabat

8-12 bulanKanak-kanak/Haiwan Peliharaan

3-6 bulan

Sumber: https://cleanfax.com/carpet-care/cleaning-frequency/

Kenapa cucian karpet sangat penting?

Pasti anda tertanya-tanya, kenapalah cucian karpet secara berkala ini penting? Sebenarnya, banyak kepentingan cucian karpet secara berkala ni. Tanpa anda sedar, karpet yang bersih boleh memberikan keselesaan yang berpanjangan dan persekitaran yang bersih untuk anda. Cucian profesional yang dilakukan secara konsisten dapat membantu keluarga anda atau pemilik perniagaa menghadapi pelbagai masalah, antaranya:

  • Masalah kesihatan kesan dari bakteria dan kuman yang terkumpul
  • Kes-kes penyakit yang disebabkan biologi
  • Risiko kanser seumur hidup
  • Aduan untuk pemilik bangunan dan pengurus
  • Liabiliti untuk pemilik bangunan dan pengurus

Jika anda tertanya-tanya, “Kenapa tak boleh guna vakum je?”. Memang boleh, tetapi vakum hanya boleh membuang kotoran tidak larut yang melekat, seperti pasir, batu, rambut, nasi keras tetapi itu tidak menjamin yang karpet anda akan bersih dan selamat digunakan sepenuhnya.

Apabila anda menggunakan perkhidmatan pembersihan profesional, cucian yang dilakukan adalah ‘deep cleaning’ dengan penggunaan bahan-bahan yang berkualiti. Juruteknik juga terlatih dan menggunakan teknologi pembersihan yang betul untuk menghapuskan kotoran tidak larut, kotoran asas minyak, kuman, alergen dan bakteria bagi memastikan karpet anda kelihatan cantik dan yang paling penting selamat.

Jadi hubungilah pakar pembersihan karpet yang profesional kegemaran anda hari ini juga!

Book A Service Now

Website

  • 24/7
  • Fast Process
  • Quick Scheduling
15% discount

Consultant

  • 9AM to 5PM
  • Fast Response
  • Expert Advice

Website

  • 24/7
  • Fast Process
  • Real Time Scheduling
15% discount

Consultant

  • 9AM to 5PM
  • Fast Response
  • Expert Advice

Share this post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

You may also like...

Jangan lepaskan peluang ini!
Klik gambar untuk WhatsApp sekarang.​