PRIVACY NOTICE

CleanHero (Cleanhero (M) Sdn. Bhd. )

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan untuk mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersial. Akta ini, yang merangkumi semua syarikat-syarikat dan firma-firma yang ditubuhkan di Malaysia, mewajibkan kami memaklumkan anda berkenaan hak-hak anda berkaitan data peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpulkan dan yang akan diproses oleh pihak kami serta maksud- maksud bagi pemprosesan data tersebut. Akta ini juga mewajibkan kami mendapatkan persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda.

CleanHero sangat mengambil berat berkaitan privasi pelanggan kami. Kami hanya mengambil, merekod, memegang, menyimpan dan menggunakan Data Peribadi seperti yang termaktub di bawah:

Perlindungan data adalah berkaitan isu amanah dan kami mengambil penting privasi anda. Oleh itu, CleanHero hanya akan menggunakan Data Peribadi anda dalam kaedah yang digariskan di dalam Notis Privasi ini. Kami hanya akan mendapat Data Peribadi ini sekiranya perlu untuk kami berbuat demikian bagi melengkapkan urusan kami dengan anda. Penyimpanan Data Peribadi ini adalah selama mana yang diperlukan dari segi undang-undang atau selagi berkait dengan tujuan pemerolehan Data Peribadi tersebut.

Anda bebas melayari laman web kami, www.cleanhero.com.my, dan juga laman sosial kami, tanpa perlu memberikan sebarang Data Peribadi anda. Anda kekal sebagai “anonymous” dan kami tidak boleh mengesan anda melainkan anda mendaftar sebagai ahli di laman web kami. Selain itu, kami hanya mempunyai akses kepada laman sosial anda apabila anda memulakan “engagement” seperti “Share/ Like/ Comment”. Akses ini adalah terhad seperti yang anda telah konfigurasikan di dalam akaun laman sosial tersebut.

Justeru itu, anda dimaklumkan bahawa data peribadi dan maklumat selainnya (secara keseluruhan, “Data Peribadi”) yang diberikan semasa proses tempahan, semasa proses cucian atau semasa berhubung dengan kami, boleh digunakan dan diproses oleh CleanHero – dimilik oleh CH Cleaning Solution PLT. (LLP0009364-LGN) (“CleanHero”)

Sebarang cadangan atau aduan, sila ajukan ke bahagian khidmat pelanggan kami atau terus emel ke [email protected]

CleanHero sama sekali tidak akan menjual, berkongsi atau memperdagangkan Data Peribadi pelanggan yang kami peroleh secara atas talian (Laman Web, Laman Sosial, SMS/Whatsapp).

Data Peribadi yang kami peroleh dengan cara ini hanya akan dikongsikan dengan kumpulan syarikat kami dan juga pihak ketiga untuk tujuan yang dibenarkan di bawah peruntukan undang-undang Malaysia.

Apabila anda bersetuju untuk menggunakan dan melanggan perkhidmatan kami, Data Peribadi yang kami perlukan adalah:

  • Nama
  • Alamat tempat cucian
  • Nombor telefon
  • Alamat Emel
  • Tarikh Lahir (pilihan)
  • Jantina (pilihan)
  • Maklumat Kad Kredit/Debit (maklumat ini diuruskan oleh pihak ketiga, senangPay (Simplepay Gateway Sdn. Bhd. 1155742-H))

Data Peribadi yang kami peroleh ini akan diguna pakai atau dikongsi di dalam kumpulan syarikat atau pihak ketiga bagi sebahagian atau kesemua tujuan di bawah:

  • Untuk memberikan perkhidmatan yang telah ditempah oleh pihak pelanggan, sama ada oleh kumpulan syarikat kami atau syarikat lain yang dirasakan layak menggantikan perkhidmatan kami (sekiranya berlaku kecemasan atau pihak kami tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan);
  • Untuk memaklumkan atau mengemas kini status tempahan atau untuk tujuan sokongan pelanggan;
  • Untuk menyampaikan maklumat perkhidmatan dan tempahan;
  • Untuk memproses tempahan dan menyediakan perkhidmatan yang telah ditempah;
  • Untuk membolehkan kami mengurus tadbir akaun yang berdaftar dengan kami;
  • Untuk tujuan pengesahan dan perlaksanaan transaksi kewangan berkaitan bayaran yang anda lakukan di atas talian. Sebagai contoh, bayaran yang anda buat melalui Laman Web kami akan diproses oleh agen yang kami lantik. Pendedahan kepada agen pemprosesan data seperti agen yang kami lantik dalam konteks ini adalah diperlukan bagi tujuan pengendalian transaksi jualan yang telah anda pilih;
  • Maklumat peribadi yang tidak wajib seperti tarikh lahir dan jantina akan digunakan bagi tujuan kajian tentang demografi pelanggan kami dan untuk kami memberikan cadangan atau maklumat dalam bentuk emel promosi yang kami rasakan berguna kepada anda, justeru, meningkatkan pengalaman anda apabila anda melawat laman web dan laman sosial kami. Dengan memberikan maklumat peribadi yang tidak wajib ini, anda dianggap sebagai telah mempersetujui untuk menjadi sebahagian daripada kajian kami dan menerima cadangan atau maklumat seperti di atas.

Semasa kami memberikan perkhidmatan kepada pelanggan, sebahagian atau kesemua perkara berikut akan dilakukan:

  • Mengambil gambar barangan yang dicuci;
  • Mengambil gambar persekitaran tempat cucian;
  • Mengambil gambar bersama pemilik barangan (pilihan).

Informasi ini diambil bagi tujuan:

    • Pemasaran dan diguna pakai di dalam laman web dan laman sosial kami;
    • Pemantauan kualiti kerja operator cucian kami;
    • Bahan bukti hasil cucian oleh operator cucian kami;
    • Pembelajaran dan peningkatan kualiti kerja.

Anda boleh mengemas kini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengakses akaun anda di laman web CleanHero.

CleanHero memastikan bahawa semua maklumat yang diperolehi akan disimpan dengan selamat dan berhati-hati. Kami melindungi maklumat peribadi anda dengan cara:

    • Mengehadkan akses kepada Data Peribadi hanya melalui kata laluan;
    • Menyelenggara produk teknologi unutk mengelakkan akses yang tidak dibenarkan;
    • Menghapuskan Data Peribadi anda secara selamat apabila sudah tidak diperlukan lagi bagi tujuan pengekalan rekod kami;
    • Melantik ejen yang dikenal pasti baik dan mempunyai pengiktirafan bagi memproses Data Peribadi bagi tujuan pembayaran. Selain itu, ejen kami juga menggunakan teknologi penyulitan SSL (Secure Socket Layer (Lapisan Soket Selamat)) 128-bit bagi memproses butiran kewangan anda. Teknik penyulitan SSL 128-bit dianggarkan mengambil masa sekurang-kurangnya satu trillon tahun unutk putus, dan merupakan piawaian industri.

Kami tidak akan berkongsi Data Peribadi anda dengan organisasi lain selain daripada kumpulan syarikat kami dan pihak ketiga secara langsung untuk perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan perkhidmatan yang telah ditempah pelanggan dan bagi tujuan yang telah anda beri kebenaran.

Dalam keadaan yang dikecualikan, CleanHero mungkin dikehendaki untuk mendedahkan Data Peribadi, seperti apabila terdapat alasan yang memerlukan pendedahan berkenaan untuk mengelakkan ancaman terhadap nyawa atau kesihatan, atau dikehendaki oleh undang-undang Malaysia. CleanHero sentiasa komited dalam mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 khususnya polisi serta garis panduan dan perintah yang sejajar dengannya.

Jika anda mendapati bahawa privasi anda telah dilanggar oleh CleanHero, sila hubungi Khidmaat Pelanggan dan kami akan menyelesaikan perkara ini.

Semasa anda melayari laman web dan laman sosial CleanHero, pelayan (server) akan merekod maklumat yang dihantar oleh pelayar web (browser) secara automatik. Data ini mungkin termasuk:

  • Alamat IP komputer anda
  • Jenis pelayar web (browser)
  • Laman Web yang telah anda kunjungi sebelum laman web kami;
  • Halaman yang anda kunjungi dalam laman web CleanHero;
  • Tempoh masa yang anda gunakan selama mengunjungi halaman tersebut, perkara dan maklumat yang anda cari di laman web kami, masa dan tarikh akses, dan statistik yang lain

Maklumat ini dikumpul untuk dianalisis dan dinilai bagi membantu kami meningkatkan mutu laman web dan laman sosial serta perkhidmatan dan produk yang kami tawarkan. Data ini tidak akan digunakan bersama mana-mana maklumat peribadi yang lain.

Sehubungan dengan pemasaran langsung, anda boleh meminta CleanHero secara notis bertulis (seperti yang diperuntukkan di dalam perenggan seterusnya) agar tidak memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana Maksud-Maksud berikut: (i) pengiklanan atau pemasaran menerusi telefon/emel/surat bagi produk atau perkhidmatan CleanHero atau kumpulan syarikat kami, (ii) mengirim kepada anda menerusi telefon/emel/surat bahan pengiklanan atau pemasaran CleanHero atau kumpulan syarikat kami, (iii) menghantar sistem pesanan ringkas (SMS)/Whatsapp/menggunakan media sosial yang kami miliki sebarang bahan pengiklanan atau pemasaran CleanHero atau kumpulan syarikat kami; atau (iv) berkomunikasi dengan anda menerusi apa cara sekali pun sebarang bahan pengiklanan atau pemasaran CleanHero atau kumpulan syarikat kami.

Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini mengemukakan pertanyaan, aduan dan meminta akses kepada, dan pembetulan terhadap, Data Peribadi atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghantar permintaan berkenaan kepada kami menerusi pos berdaftar atau emel: [email protected]

CleanHero berhak mengubahsuai dan meminda Notis Privasi pada bila-bila masa. Sebarang pindaan pada polisi ini akan diterbitkan di laman web kami. Anda patut memeriksa Polisi ini setiap kali anda mengakses laman web Cleanhero agar anda dimaklumkan sepenuhnya oleh versi terbaru yang dipakai.

Jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati dari anda terhadap cara kami mengendalikan pertanyaan atau aduan anda, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami.

Don't miss out! Click the image to WhatsApp us now.