Teknik Cucian Karpet Jenis Encapsulation Yang Ramai Tidak Tahu di Malaysia

Apa itu Encapsulation?

Bila kita cari tentang cucian karpet atau sofa sebagainya terutama yang melibatkan fabrik, mesti kita terlihat cara cucian yang ditunjukkan oleh kebanyakkannya pengusaha cucian adalah dengan cara sedutan (extraction) menggunakan mesin khas, mesin penyental (floor scrubber), mesin waterjet atau vakum Rainbow.

Bahkan, kami sendiri banyak menerima soalan, ‘cuci ni nanti guna steamer ke?’ Bila ditanya kenapa beliau bertanya macam tu jawapannya adalah kerana guna wap panas boleh bunuh kuman.

Tidak dinafikan menggunakan suhu yang tinggi mampu mematikan kuman, tetapi kita harus ingat bukan semua jenis fabrik sesuai dan selamat untuk gunakan stim.

Selain dari dua cara ini, terdapat satu lagi teknologi cucian yang digunakan oleh pakar-pakar cuci antarabangsa tetapi kurang popular di Malaysia iaitu, ‘Encapsulation Method’ atau dipanggil teknik cucian jenis VLM(Very-Low-Moistured).

Ketiga-tiga cara cucian ini terbukti berkesan dan mempunyai kelebihan masing-masing. Walau bagaimanapun, teknik ‘encapsulation‘ ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Sumber: Google

Kelebihan teknik cucian Encapsulation

Di bawah ini adalah 10 kelebihan teknik cucian ini :

1) Teknik cucian ‘encapsulation‘ ini mampu memanjangkan tempoh kecantikan rupa permukaan karpet.

2) Kebiasaannya teknik cucian ini lebih cepat kering dalam 1 jam atau kurang berbanding teknik extraction.

3) Kos untuk cucian ini lebih rendah berbanding kos cucian menggunakan teknik extraction.

4) Jika dikira mengikut kaki persegi, cucian teknik VLM ini ternyata lebih efektif dan optimum dan menjimatkan masa pelanggan dan juga pengusaha.

5) Teknik cucian karpet secara extraction juga berkemungkinan boleh merosakkan karpet jika karpet yang dibasuh itu adalah sejenis yang diletakkan gam pada lantai kerana terkena air.

6) Untuk cucian karpet seluas 1000 kaki persegi, biasanya sebanyak 75 Liter diperlukan sebaliknya menggunakan teknik VLM hanya sekitar 15 liters dan berkemungkinan kurang.

7) Encapsulation juga dapat mengurangkan kes ‘wicking‘ yang mana selalu terjadi apabila menggunakan teknik cucian air atau ‘water extraction’.

8) Menguasai cara cucian ‘encapsulation‘ ini juga lebih cepat berbanding teknik karpet extractor.

9) Kotoran yang dapat dikumpulkan menggunakan teknik cucian encapsulation ini hanya perlu divakum sahaja berbanding extraction yang mana air kotornya perlu kita buang ke dalam longkang atau toilet.

10) Dan kelebihan teknik cucian ‘encapsulation‘ ini ia lebih mesra kepada keadaan sekeliling kerana lebih senyap dan tidak mengganggu.

Amsyar Abdullah

Leave a Replay

Recent Posts

CleanHero