6 Langkah Menghapuskan Kotoran Kuning Daripada Tilam

Clean Hero

Clean Hero

All Posts
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Kita menghabiskan banyak masa di atas tilam, namun berapa kerap kita memeriksa tahap kebersihan tilam kita? Apabila kita mendapati terdapat kotoran kuning pada tilam, kita mungkin akan berusaha untuk menghilangkannya.

Peluh, minyak badan atau air kencing adalah penyebab kotoran kuning ini. Kotoran tilam mesti dihapuskan dengan berhati-hati supaya tidak terkena pada kawasan tilam yang lain.

Langkah 1

Keluarkan sebanyak mungkin kotoran dengan tuala jika kotoran itu masih baru. Teruskan membungkus, alihkan ke tuala kering sehingga cecair tidak lagi dapat diserap.

Langkah 2

Isikan baldi dengan air sejuk 2 Liter. Tambah sabun basuh pinggan mangkuk. Gaulkan sabun dan air dengan sebati sehingga membentuk buih yang banyak.

Langkah 3

Ambil buih dengan kain lembap yang bersih. Pastikan hanya mengambil buih dan hanya sedikit air sahaja. Gosokkan buih dalam gerakan bulat ke atas kotoran kuning.

Langkah 4

Gosokkan dengan kain yang kering untuk menyerap kelembapan. Ulang proses ini sehingga kesan kuning berkurang atau hilang.

Sumber: http://www.watsons.com.my

Langkah 5

Isi botol semburan kosong dengan hidrogen peroksida (boleh didapati di rangkaian farmasi) jika kotoran masih ada. Sembur pada tempat kuning tersebut.

Langkah 6

Biarkan hidrogen peroksida sebati dengan kotoran selama lima minit. Tekapkan dengan kain kering untuk menyerap cecair. Ulang proses ini sehingga kotoran hilang.

 

 

Petikan sumber daripada https://www.hunker.com

More to explorer

CleanHero