Stain merupakan benda yang paling menjengkelkan yang anda jumpa masa anda membersihkan rumah. Betul tak? Mesti perkara pertama yang anda perasan adalah stain tu nampak fresh, seolah-olah stain tu baru semalam je terjadi, sedangkan dah berbulan-bulan kat situ. Persoalannya, boleh hilang ke stain tu?
Stain boleh terjadi dekat mana-mana pada bila-bila masa. Anda boleh jumpa stain itu di karpet, lantai, tilam dan sofa. Stain ini boleh terjadi disebabkan tumpahan makanan, minuman, cat, dakwat atau apa-apa saja yang melibatkan benda yang berwarna dalam bentuk cecair. Kalau bernasib baik, sesetengah stain boleh dibersihkan hanya dengan mengelap dengan air sahaja, itupun jika anda perasan awal perkara itu. Kalau stain yang dah berhari-hari? Ia mungkin jadi stain yang boleh dihilangkan atau mungkin jadi satu tompokan yang degil dan tidak boleh dihilangkan sepenuhnya. Jadi, apa yang patut anda buat jika ada stain yang dah lama?
Sebagai pakar perkhidmatan pembersihan yang profesional, kami mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam mengatasi masalah stain. Jadi disini kami akan berkongsi pengetahuan dan tips mudah yang boleh dibuat sendiri untuk menghadapi masalah stain. Stain lama memang sukar dihilangkan, tetapi ia bukanlah mustahil untuk di hilangkan tanpa menyebabkan sebarang kerosakan.
Baca lebih lanjut untuk tahu apa jenis stain yang biasa kita jumpai tetapi sukar dihilangkan dan bagaimana untuk menghilangkan stain yang melekat pada perabot anda.
- Stain dari haiwan peliharaan
Hampir semua orang mempunyai haiwan kesayangan di rumah seperti kucing, anjing, arnah dan sebagainya. Tapi hati-hati sebab mereka boleh meninggalkan kesan air kencing atau muntah pada karpet dan lantai rumah anda. Jadi antara langkah yang boleh anda lakukan adalah:
- Mulakan dengan membersihkan kotoran pepejal dari kawasan tersebut
- Selepas itu, bersihkan stain dengan kain lembut atau tuala kertas
- Tuangkan cuka putih ke atas stain dan tambah sedikit serbuk penaik
- Biarkan selama beberapa jam atau sebaik-baiknya semalaman
- Vakum kawasan tersebut selepas kering
- Tumpuhan kopi/teh
Benda yang paling mengecewakan adalah menumpahkan kopi/teh di atas karpet atau sofa rumah kita. Bukan setakat membazir minuma, tapi juga telah meninggalkan kesan kotor dan bau pada karpet anda. Jadi anda boleh cuba langkah-langkah di bawah ini untuk menghapuskan kesan kopi/teh yang tertumpah itu, antaranya:
- Lap stain dengan segera menggunakan tuala. Cuba untuk menyerap sebanyak mungkin stain
- Tuangkan air sejuk pada stain dan lapkan lagi
- Selepas membersihkan tumpahan kopi/teh itu, bersihkan kawasan itu dengan campuran air suam, cuka putih dan sedikit detergen pencuci pinggan
- Tekan-tekan sedikit kawasan itu sehingga hilang stain
- Bilas tempat itu dengan air biasa dan keringkannya
- Jika kotoran masih tak hilang, ulangi proses di atas
- Kesan darah
Kesan darah adalah stain yang sangat degil untuk hilangkan dari karpet, sofa mahupun tilam anda. Kunci utama untuk menghilangkan sepenuhnya adalah mencucinya secepat yang mungkin. Antara langkah yang patut anda lakukan ialah:
- Gunakan sabun pencuci pinggan dan air sejuk untuk membersihkannya
- Tekan-tekan sehingga hilang kesannya
- Jika kesan itu adalah kesan yang lama, atau lebih degil dari yang dijangkakan, anda boleh mencuba langkah seterusnya
- Semburkan hidrogen peroksida pada kawasan stain (boleh dibeli di farmasi)
- Gunakan kain lembut menyerap untuk ditekan di atas kawasan stain
- Stain mungkin berbaki. Biarkan sahaja kerana hidrogen peroksida akan terus bertindak dan warna akan semakin cerah dalam tempoh 24 jam.
- Kesan dakwat
Kesan dakwat boleh berlaku di atas sofa atau karpet anda. Jika anda mempunyai anak kecil, perkara ini sudah tentu tidak dapat dielakkan, tetapi jangan risau. Perkara ini dapat diselesaikan jika kena pada caranya. Cuma pastikan anda mempunyai bahan-bahan seperti rubbing alcohol (untuk kerja pembersihan), pengilat kuku, perfume atau penyembur rambut. Selepas itu, ikuti langkah-langkah dibawah:
- Sembur mana-mana bahan yang disenaraikan di atas di tempat stain
- Tekan kawasan stain dengan kain putih bersih (pastikan dakwat melekat pada kain tersebut)
- Ulangi proses sehingga stain itu hilang
- Bilas dengan menggunakan air bersih dan lap dengan tuala yang bersih
- Keringkan kawasan itu dan vakum untuk menghilangkan sebarang sisa yang tertinggal
CleanHero menawarkan perkhidmatan pembersihan profesional dan mengikut standard antarabangsa. Metodologi kerja kami telah diuji lebih 40 tahun sama ada di lapangan dan di dalam makmal. . Jangan risau, kami menggunakan teknologi moden dan bahan yang diformulasi khas bagi memastikan stain dapat dihilangkan tanpa merosakkan perabot anda. Namun ingat, semakin lama stain wujud, kebarangkalian untuk hilang 100% adalah semakin tipis. Anda tak yakin atau ragu-ragu dengan kaedah di atas, terus sahaja hubungi kami. Pastinya, kami akan cuba membantu anda.