Ini adalah artikel untuk mengetahui fakta tentang pepijat atau bedbugs. Sekiranya anda cari kaedah untuk menghapuskan pepijat, sila klik link ini.
Pepijat adalah sejenis serangga parasit yang mana makanannya ialah darah dan biasa didapati di sekeliling persekitaran manusia seperti rumah atau pejabat. Sesetengah pepijat memakan darah binatang, tetapi kebiasaannya pepijat lebih cenderung kepada darah manusia. Pepijat kebiasaannya dijumpai di kawasan yang hangat seperti tilam dan bilik tidur. Kebanyakkan pepijat aktif pada waktu malam dan memakan mangsanya tanpa mengejut mereka.
1. Pepijat Mampu Hidup Di Mana Sahaja
Selalu kita dengar pepijat biasanya berada di persekitaran manusia. Tetapi ini tidak benar kerana pepijat mampu hidup dari kawasan yang kering hinggalah kawasan terpencil yang hangat malah hutan yang basah. Di Amerika Syarikat, lebih dari 20% populasi telah melaporkan akan kehadiran pepijat di rumah mereka. Biasanya pepijat didapati di kawasan luar bandar, tetapi ia juga mempu hidup di kawasan bandar.
2. Gigitan Pepijat Tidak Akan Dirasa
Agak mengejutkan kerana gigitan pepijat tidak dirasa. Ini adalah kerana Pepijat mempunyai cecair anesthetic yang membuatkan gigitannya tidak dirasa dan tidak sakit langsung. Seperti juga nyamuk, pepijat menggunakan air liur mereka untuk memberi kesan kebas di kawasan yang akan mereka gigit. Kebiasaannya kesan gigitan tersebut dapat dilihat pada pagi berikutnya seperti merah-merah dan gatal-gatal di kawasan yang telah dimakan kulitnya oleh pepijat. Selepas makan kulit, pepijat biasanya akan menyorok di kawasan yang tersembunyi di mana mudah untuk mereka menghadam darah manusia dan juga bertelur.
3. Tompokan Gelap Pada Katil
Terdapat beberapa cara untuk mengetahui tentang kehadiran pepijat. Selain dari rasa gatal secara tiba-tiba di badan, katil juga mampu memeberikan petanda mengenai pepijat yang bersembunyi di dalam bilik kita. Untuk mencari pepijat, periksa keadaan katil termasuk tilam, cadar dan juga bantal untuk sebarang tompokan hitam. Mana-mana tompokan hitam yang menunjukkan seperti najis adalah tanda yang biasanya dihasilkan oleh pepijat setelah memakan darah manusia. Selain itu, anda juga boleh menggunakan kanta pembesar untuk mencari pepijat.
4. Jangan Buang Tilam Yang Terkena Pepijat
Jika tilam di rumah anda terkena pepijat, jangan buang tilam tersebut. Apa yang anda perlu tahu adalah ada cara yang sesuai untuk membunuh pepijat tersebut. Contohnya seperti rawatan chemical juga mampu membunuh pepijat dan membunuh mana telur yang tersembunyi. Dengan keadaan cuaca di Malaysia menjemur tilam diluar tidak akan mampu membunuh pepijat kerana pepijat hanya terancam apabila cuaca menacapai suhu takat beku!
KLIK SINI UNTUK TAHU CARA MUDAH & JIMAT MENYELESAIKAN MASALAH PEPIJAT TANPA PERLU HUBUNGI PEST CONTROL
5. Suhu Yang Terlampau Sejuk Mampu Membunuh Pepijat
Bayangkan anda tinggal di kawasan yang bersuhu -13 darjah celcius, anda bernasib baik kerana pepijat hanya akan mati pada suhu yang berikut.
6. Pepijat Adalah Parasit Yang Lasak
Pepijat adalah sejenis parasit yang tahan lasak. Bukan sahaja bilik tidur malah pepijat juga mampu duduk dan tinggal di dapur. Ada yang melaporkan bahawa mereka juga mendapati pepijat mampu berada di dalam bilik mandi. Umum diketahui bahawa pepijat tertarik pada kawasan yang kering, gelap dan selamat.
7. Pepijat Tidak Akan Pernah Lapar
Pepijat adalah sejenis serangga yang kental di antara semua jenis binatang di dunia. Mereka mampu hidup setelah berbulan tanpa makanan dan menjadikan ia sejenis binatang yang susah untuk dibunuh tanpa penggunaan sabun yang kuat. Oleh kerana itu, tidak terkejut bila kita boleh mendapati pepijat mampu hidup di tempat-tempat yang tersembunyi seperti beg duit atau baju yang tidak dipakai lama. Untuk membunuh pepijat saranan yang terbaik adalah menghubungi syarikat kawalan serangga professional kerana tiada seberang sabun atau bahan kimia yang kita gunakan di rumah mampu membunuh binatang ini.
8. Pepijat Betina Bertelur Sebanyak 5 Ekor Sehari
Pepijat adalah binatang yang sangat produktif. Mereka mampu membiak dengan cepat. Seekor pepijat betina mampu bertelur sebanyak 5 biji telur sehari dan jumlah ini tidak tentu mengikut keadaan sekeliling. Ini bermakna seekor pepijat betina mampu bertelur sebanyak 500 biji sepanjang hayatnya. Yang lebih menakutkan pepijat mampu hidup lebih dari 300 hari. Yang mana untuk binatang yang sangat kecil ini ia adalah satu tempoh yang sangat lama tambahan pula ia mampu hidup sehingga beberapa bulan tanpa makanan!
9. Serangga Yang Serba Boleh
Apa yang membuatkan pepijat ini sangat susah untuk dielakkan adalah kerana ia boleh hidup di tempat yang berbeza-beza. Tidak kiralah di rumah ataupun pejabat. Malah di hospital sekalipun. Ini menjadikan proses untuk membunuh pepijat ini menjadi sangat susah dan mampu untuk menutup seluruh operasi bangunan untuk sementara waktu. Tambahan pula, pepijat adalah sejenis serangga yang hebat dalam bersembunyi di tempat-tempat yang susah hendak dicapai seperti bawah katil, dalam karpet dan lain-lain. Malah bilik hotel juga yang tidak dicuci secara rutin juga menyebabkan pepijat membiak dengan cepat.