Industri lapisan perlidungan anti-bakteria kini menjadi perhatian ramai dan berkembang dengan pesat. Anti-bakteria merupakan sektor penjagaan kesihatan yang menunjukkan permintaan yang semakin meningkat dan merupakan salah satu penyumbang ekonomi yang terbesar di negara kita. Tetapi, tahukah anda fungsi lapisan perlindungan antibakteria ini? Jom kita baca sama-sama.
Lapisan Perlidunga Anti-Bakteria
Lapisan perlindungan anti-bakteria ini berfungsi untuk mencegah pertumbuhan bakteria, kulat serta kuman dan jika anda perhatikan sekarang, kebanyakan lapisan ini giat digunakan di sekolah, hospital, pejabat, rumah, malahan digunakan di dalam industri automotif. Lapisan perlidungan anti-bakteria juga dikenali sebagai ‘silent guardian’ yang berfungsi selama 24 jam dan tujuh hari seminggu, untuk melindungi anda daripada bakteria dan mikro organisma yang membahayakan kesihatan.
Anti-bakteria kebanyakkannya digunakan pada dinding, pintu, lantai, karpet dan permukaan-permukaan lain yang sering disentuh manusia. Dalam keadaan yang lain, ada yang menggunakan antibakteria ke atas permukaan tilam, permaidani, tekstil dan juga di dalam kereta.
Menurut penganalisis industri global, antara faktor-faktor menyumbang kepada permintaan yang tinggi terhadap anti-bakteria ini kerana kes jangkitan kuman dan bakteria yang diperolehi daripada hospital sedang meningkat. Oleh kerana itu, permintaan ke atas anti-bakteria juga meningkat dan dipercayai mampu mengurangkan risiko peningkatan kes jangkitan kuman dan bakteria.
Ok sekarang kita dah pun faham fungsi antibakteria, jadi apa kelebihan antibakteria ni?
Kelebihan Menggunakan Lapisan Perlidungan Anti-Bakteria
Sebenarnya, banyak kelebihan menggunakan lapisan perlindungan ini. Mana taknya, kita semua sedia maklum betapa bahayanya bakteria, kuman, fungi dan kulat yang berada di sekeliling kita, kerana ia mampu mengancam kesihatan kita. Jadi, dengan adanya anti-bakteria ini, setidak-tidaknya kita mampu mencegah daripada serangan bakteria dan kuman ke atas sistem badan kita. Bukan ke mencegah itu lebih baik daripada merawat? Antara kelebihannya adalah:
1. Perlindungan yang berterusan daripada serangan bakteria
Lapisan perlidungan anti-bakteria telah terbukti secara saintifik mempunyai bahan tambahan yang menyediakan perlindungan yang berterusan daripada kulat, fungi dan bakteria. Selain itu, bahan tambahan ini juga dapat mengurangkan bau yang tidak menyenangkan dan kerosakan pada permukaan. Selagi lapisan anti-bakteria berada di atas permukaan itu, bakteria dan kulat tidak akan ada peluang untuk membiak dan berada di situ.
2. Jangka hayat yang lebih lama
Lapisan perlidungan anti-bakteria yang digunakan tidak akan menyebabkan perubahan warna atau menjejaskan rupa bentuk sebenar permukaan itu. Yang menariknya, lapisan ini bukan hanya bertahan selama 1 hari, bukan 1 minggu, juga bukan 1 bulan, tapi kajian makmal saintifik menunjukkan akan bertahan lebih lama daripada apa yang kita jangkakan. (3 hingga 12 bulan bergantung kepada penggunaan permukaan)
3. Kos yang minima
Kos yang murah? Ya betul. Anda tidak perlu lagi mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membeli perabot atau barang yang baru akibat bakteria dan kulat. Anda hanya memerlukan kos yang minima saja dan cukup berpatutan. Daripada anda membazir wang dengan menggantikan barang-barang itu kepada barang yang baru, lebih baik anda menggunakan wang itu untuk mencegah daripada terus dijangkiti bakteria dengan lapisan perlidungan anti-bakteria. Dah tentulah itu lebih menjimatkan!
4. Kebersihan dan kesihatan yang lebih baik
Bakteria dan kuman akan terus tersebar selagi mana ada kehidupan di situ. Antara tempat-tempat yang selalu menjadi tumpuan untuk kuman dan bakteria membiak adalah pejabat, rumah, sekolah, hospital, dan juga di dalam kenderaan kerana tempat ini selalu berlakunya interaksi antara manusia setiap hari. Dengan lapisan perlindungan, ia membolehkan meningkatkan tahap kebersihan dan kesihatan pada tahap yang lebih baik, juga mengurangkan kehadiran kuman dan bakteria.
5. Mempunyai nilai infrastruktur tambahan
Bagi anda yang telah menggunakan bahan anti-bakteria, anda akan dapat merasakan peningkatan kepada kualiti infrastruktur serta nilai produk anti-bakteria ini. Sebagai contoh, pengurus syarikat yang menggunakan anti-bakteria terhadap permukaan karpetnya, hal ini bukan sahaja menghalang bakteria terus membiak di karpet itu, bahkan dapat menawarkan peningkatan kualiti udara dalaman melalui persekitaran yang selamat dan bersih kepada para pekerja mereka. Itu bermakna, lapisan perlindungan anti-bakteria dapat menambah nilai kepada keadaan syarikat itu sendiri serta menunjukkan sikap peduli tentang keselamatan pekerja.
Mari Mencegah Penularan Bakteria dan Kuman
Bagi anda yang bingung untuk memilih jenama dan produk yang terbaik bagi salutan antibakteria, jangan risau, kami ada untuk menolong anda.
CleanHero hanya menggunakan bahan-bahan yang berkualiti premium bagi menjamin keselamatan dan kebersihan persekitaran anda. Jangan ragu-ragu dan serahkan masalah anda untuk mencegah bakteria ini pada yang pakar. Lapisan kami dijamin:
- Mesra alam
- Tidak berbau
- Tidak berwarna
- Nanoteknologi
- Tidak mempunyai bahan kimia yang berbahaya (sumber organik)
- Disahkan selamat oleh FDA
- Diuji di makmal SGS dan SIRIM