Kaitan Cucian Mendalam dan Kesihatan

Clean Hero

Clean Hero

All Posts
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Mesti anda tertanya-tanya…

  • Apa itu cucian mendalam (deep cleaning)?
  • Apa perbezaan cucian mendalam dengan cucian biasa?
  • Perlu ke saya buat cucian mendalam ni?
  • Apa kelebihan kalau saya buat cucian medalam?

Ramai yang tak tahu atau buat-buat tak tahu yang cucian mendalam ini wujud dan penting. Cucian mendalam berbeza dari cucian biasa dari segi masa, teknik, bahan cucian dan peralatan cucian. Sebagai contoh, cucian biasa adalah terhad kepada menyapu atau mengvakum dan mengemop sahaja. Cucian biasa dilakukan lebih kerap untuk mengekalkan kebersihan dari sebarang debu atau kekotoran tetapi tidak membunuh hama, bakteria dan kuman.

Tetapi bagi cucian mendalam, ia menggunakan mesin khas dan pencuci khas yang dirumus khas untuk membersih serta membunuh bakteria dan kuman. Mesin tersebut akan menembak jet air yang telah dicampur sabun pencuci khas dan kemudian akan diberus untuk memastikan semua kotoran pada celahan serat terkeluar. Kotoran ini akan disedut semula ke dalam mesin. Cucian mendalam perlu dilakukan setahun sekali bagi memastikan rumah anda bebas dari hama, bakteria dan kuman yang boleh membahayakan kesihatan anda.

“Jadi apa kebaikan yang saya dapat kalau saya buat cucian dalaman ni? Macam sama je saya tengok.”

Hama, kuman dan bakteria memang tak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi wujud dalam persekitaran rumah anda, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak kecil dan haiwan peliharaan. Yang pastinya, cucian mendalam akan menghapuskan pembiakan kuman dan bakteria dalam rumah anda dan menghilangkan kotoran-kotoran berasaskan minyak seperti daki peluh dan juga stain yang mungkin tidak dapat dihilangkan dengan cucian biasa. Perlu diingatkan, cucian biasa tak akan membunuh kuman dan bakteria.

Nak tahu apa lagi perbezaan yang akan ada rasa apabila melakukan cucian dalaman? Teruskan membaca.

  1. Membantu anda bernafas dengan lebih baik

Sekiranya anda terdedah kepada alahan, resdung atau serangan asma, jangan menganggap ia adalah punca dari pemakanan atau habuk saja. Walaupun anda dah membersihkan satu rumah dengan menyapu atau vakum dan mengemop, tetapi anda masih tetap terdedah kepada masalah itu. Nak tahu kenapa? Sebab alahan dan asma terjadi juga disebabkan oleh sisa najis hama atau bakteria yang terdapat pada karpet, sofa, dan tilam anda. Mengikut kata McDonnel dari Pusat Perubatan Universiti Rush, hama yang disebabkan oleh debu dan haiwan peliharaan adalah pencetus asma yang kuat, terutama pada kanak-kanak. Penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan melakukan cucian dalaman.

  1. Meningkatkan mood anda

Siapa je tak rasa bengang, stress kalau balik-balik je nampak kotoran dekat karpet, sofa atau tilam? Tak boleh hilang pula tu walaupun anda dah menggosoknya banyak kali. Mesti mood anda terganggu dek perkara tu. Stain yang lama memang susah nak dihilangkan dengan cucian biasa, jadi bagi nak menghilangkannya, anda perlu lakukan cucian dalaman kerana mempunyai teknik yang bersesuain, sabun pencuci khas dan alatan yang berteknologi tinggi untuk menghilangkannya. Pasti mood anda bertambah baik apabila anda melihat persekitaran anda bebas dari sebarang stain. Apabila mood baik, stress pun hilang.

  1. Membantu meningkatkan kualiti tidur anda

Tidak boleh tidur? Badan rasa gatal-gatal bila baring di atas tilam atau tilam bertompok membuat anda rasa tak selesa? Sebenarnya, National Sleep Foundation mendapati bahawa 75% responden tidur merasa lebih baik dan selesa di atas tilam yang bersih. Tilam yang bersih dan bebas daripada pembiakan bakteria dan hama pasti akan membuat anda tidur dengan nyenyak. Yang pastinya, cucian mendalam ke atas tilam anda mampu membantu meningkatkan kualiti tidur anda.

  1. Boleh mencegah penyakit

Cucian dalaman memberi anda ruang untuk menghapuskan bakteria dan kuman yang boleh mendatangkan penyakit kepada anda. Seperti yang kita tahu, bakteria dan kuman boleh mengundang pelbagai penyakit seperti alahan, asma, batuk-batuk, selsema dan mungkin juga mengundang penyakit yang lebih bahaya dari itu. Ia menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan persekitaran anda kekal bersih dan selamat dari pembiakan bakteria dan kuman. Dengan cucian dalaman, ia akan membersihkan permukaan yang lebih dalam yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar anda dan tidak dapat dihilangkan dengan cucian biasa.

  1. Ia boleh menjadikan anda lebih produktif di tempat kerja

Cucian dalaman bukan sahaja boleh dilakukan di rumah anda, malahan di tempat kerja anda juga. Cucian dalaman di pejabat anda sama pentingnya dengan cucian dalaman di rumah, terutamanya jika debu dan hama di persikataran anda menghalang keupayaan anda untuk berkerja. Mesti anda rasa tak selesa nak kerja kan? Rasa “tak selesa” inilah yang akan memberi kesan kepada produktiviti anda di waktu berkerja. Prestasi kerja anda juga pasti menurun. Sebelum perkara ini mejadi teruk, kami sarankan anda hubungi pakar cucian dalaman dan lakukan cucian dalaman dengan segera. Dengan inisiatif ini, mungkin anda dapat meningkatkan produktiviti anda di tempat kerja, siapa tahu kan?

Perkhidmatan pembersihan profesional kami adalah yang berpatutan dan pasti akan memberi kepuasan kepada anda. Semak pakej perkhidmatan pembersihan yang disediakan di CleanHero dan biarlah maklum balas daripada pelanggan yang berpuas hati dapat meyakinkan anda untuk menempah perkhidmatan pembersihan anda hari ini!

More to explorer

CleanHero