Gambar di atas menunjukkan seorang wanita sedang memegang bantal yang berwarna kuning atau coklat di atas sebuah katil. Ada orang kata bantal tu berwarna kuning dan ada yang kata warna coklat.
Sekiranya bantal anda berwarna putih, anda mungkin dapat melihat warna kekuningan yang sama berlaku seperti gambar di atas terutamanya jika anda terlalu lama tidak membasuhnya.
Ini langsung tidak masuk akal. Walaupun anda berdengkur seperti Homer Simpson tetapi kepala anda tidak berwarna kuning (sekiranya ada, anda perlu berjumpa doktor segera!). Jadi dari manakah datangnya warna kuning yang terdapat pada bantal anda?.
Saya mempunyai jawapan untuk anda. Perkara yang paling biasa yang menyebabkan bantal mempunyai peta berwarna kuning. Berikut adalah sebab-sebab bantal menjadi kuning:
1) Peluh
Mesti anda terfikir mana datangnya peluh. Anda mungkin tidak menyedari melainkan anda berpeluh secara berlebihan berpunca daripada kesan ubat-ubatan. Namun begitu, peluh yang ringan semasa tidur malam merupakan perkara semula jadi. Ia bertujuan untuk mengawal suhu badan anda.
Wajah atau kepala anda akan menghabiskan masa sepanjang malam untuk melapisi bantal kesayangan anda. Minyak dan peluh dari liang kulit anda akan diserap oleh bantal.
Dari segi teknikal, bukanlah peluh yang mengotorkan bantal tetapi terdapat sebatian di dalamnya seperti urea yang merupakan punca bagi kesan peluh yang berwarna kuning.
Pengeringan berlaku secara perlahan dan anda mungkin tidak menyedarinya selama berminggu-minggu atau bahkan berbulan. Mereka yang berpeluh berat atau menderita peluh semasa tidur dapat melihat berlakunya proses penguningan yang lebih cepat.
Walaupun peluh adalah penyebab utama bantal menjadi kuning tapi besar kemungkinan ada banyak lagi punca yang boleh dikenalpasti.
2) Air liur basi
Air liur basi boleh dikatakan sebagai punca bantal berwarna.
Jika anda melihat dengan teliti pada bantal kesayangan anda, anda akan dapat mengenal pasti kesan air liur kering yang kelihatan seperti awan coklat yang berbulu atau berpeta. Sekiranya anda mengeluarkan air liur secara kronik maka anda mungkin mendapati bahawa keseluruhan bantal anda warnanya lebih coklat berbanding warna kuning.
Ini kerana air liur mampu meresap dengan lebih cepat melalui permukaan bantal anda bersama kotoran dan habuk yang terletak di atas bantal anda.
3) Rambut basah
Menjadi kebiasaan untuk mengeringkan rambut di hadapan cermin selepas mandi lebih-lebih lagi wanita. Walaupun ia adalah perkara biasa yang bagus dilakukan selepas mandi sebelum menuju katil, adalah mustahak untuk memastikan rambut anda benar-benar kering sebelum kepala anda bersandar atas bantal.
Sama seperti air liur, kelembapan rambut anda boleh meresap melalui permukaan bantal anda dan seterusnya akan membawa kepada perubahan warna.
Oleh itu, keringkanlah rambut anda dengan menggunakan pengering rambut sehingga benar-benar kering sebelum kepala anda mendarat ke atas bantal.
4) Produk Kecantikan
Rutin memakai alat solek bagi kaum wanita pada waktu malam mampu menyumbang kepada kecantikan anda semasa tidur tetapi boleh menyebabkan bantal anda kelihatan teruk.
Pelembap dan toner yang tidak diserap sepenuhnya ke dalam kulit boleh meninggalkan kesan pada bantal anda.
Menekap wajah anda pada bantal semasa anda tidur akan menyebabkan timbulnya tanda yang berwarna oren pada bantal anda.
5) Penuaan Produk
Material untuk membuat isi bantal dan sarung putih bantal juga akan mengalami penuaan dan boleh menyumbang kepada terjadi fenomena penguningan bantal.
6) Pencerah Optik & Ejen Pemutihan
Pencerah optik ditambahkan pada bahan semasa proses pembuatan bantal di kilang untuk meningkatkan warna putih pada bantal. Ini bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan yang ingin memilih bantal.
Tetapi dari masa ke masa selepas bantal dicuci dan terdedah kepada cahaya, pencerah ini akan mula merosak dan mengakibatkan bantal kembali dalam keadaan semula jadi.
Perlu dinyatakan bahawa ia boleh mengambil masa sebelum pencerah cahaya optik ini menjadi rosak. Sebab-sebab lain yang dinyatakan di atas akan memberi impak yang jauh lebih besar ke atas bantal yang berwarna kuning.
Kerosakan pencerah optik boleh terjadi selepas anda mencuci bantal anda dan warnanya tidak akan kembali menjadi putih seperti sedia kala.
Petikan sumber daripada https://sleepsugar.com