Wicking adalah fenomena pergerakan cecair ke dari bawah ke atas. Kebiasaannya fenomena ini menghasilkan tompokan (spot) yang jelas kelihatan di permukaan selepas cucian itu kering. Tompokan ini dipanggil ‘wicking spot‘.

Bagi pengusaha cucian perkara ini selalu terjadi kerana ianya boleh dikatakan agak normal. Bagi pelanggan pula, jangan risau kerana wicking spot ini boleh dibaiki.

Bagaimana sesuatu wicking spot itu berbeza?

Wicking spot berbeza bergantung kepada jenis fabrik. Ada wicking spot yang berada hanya dihujung serat benang. Sesetengah wicking spot pula akan bergerak pada keseluruhan serat benang. Wicking spot yang jenis ni berbeza kerana airnya telah menembusi sehingga ke lapisan belakang karpet.

Selain daripada itu, wicking ini sering terjadi pada permukaan fabrik jenis ‘hydrophobic‘ (tidak telap air) seperti fabrik polypropylene/olefin, triexta dan polyester. Terkadang terjadi juga pada fabrik jenis Nylon.

Sumber: http://seattlecarpetcleaners.com/wp-content/uploads/2016/08/carpet-wick-back.jpg

Cara merawat wicking spot

Oleh sebab kotoran jenis wicking spot ini boleh hilang sekejap dengan cucian biasa, ramai tertanya apakah jenis spotter(sejenis bahan pencuci) yang mampu untuk merawat masalah ini.

Ada yang berpendapat menggunakan rawatan browning dan oxidiers (contoh: Varnish). Ramai pengeluar yang akan mencadangkan untuk gunakan bahan cuci jenis encapsulant, yang mana keberkesanannya lebih terbukti berbanding rawatan browning dan oxidiers.

Selepas meletakkan encapsulant, cucian semula dengan teknik sedutan akan meningkatkan peluang untuk berjaya. Cara lain pula adalah dengan menekap tuala putih kering di bahagian bermasalah bagi menyerap lebihan lembapan.  Selain itu, dengan mempercepatkan proses pengeringan menggunakan kipas juga boleh membantu mengatasi masalah. Walau bagaimanapun, jika serat benang tersebut sejenis hydrophobic dan telah terlebih basah (over-wetting), teknik menggunkan encapsulant tidak akan berjaya.

Oleh kerana sebab terjadinya wicking spot ini adalah kerana over-wetting, cara yang paling terbaik adalah dengan memindahkan wicking spot ini. Caranya adalah melalui kain putih kering atau serbuk. Kebiasaannya ramai yang memilih serbuk penyerap (absorbant powder) adalah kerana ia lebih mudah berbanding meletakkan kain kering yang memakan masa dan memerlukan pemberat diletakkan di atasnya.

Serbuk penyerap ini telah di cipta oleh pengeluar sejak 10 tahun yang lepas yang mana kegunaannya khas untuk tujuan merawat kes-kes wicking ataupun browning ini. Serbuk ini biasanya ditabur di atas permukaan bermasalah, kemudian kotoran itu akan diserap  dalam serbuk ini. Serbuk ini kemudian akan dibersihkan degan divakum sahaja.

Adakah pengetahuan merawat ini telah hilang?

Sejak kebelakangan ini, isu ini semakin banyak timbul dan diperbualkan di dalam laman-laman pengusaha cucian fabrik terutamanya karpet. Isunya adakah pengetahuan ini telah hilang. Setelah sekian lama, serbuk penyerap ini semakin susah untuk didapati. Ini tidak mengejutkan apabila ramai pakar cucian sendiri yang tidak dapat membezakan antara:

  • absorption‘ (proses menyerap) dan ‘adsorption‘ (proses yang menyebabkan kotoran melekat kekal)
  • ‘dissolving’ (melarutkan sehingga cair warna) dansuspension’ (mengapungkan kotoran dan sedut)
  • suspension‘ (mengapungkan kotoran dan sedut) dan ‘encapsulation‘ (menyalut kotoran dengan bahan cuci polimer).

Bila semua teknik ini tidak berkesan

Bukan semua tompokan yang terhasil selepas dari cucian adalah wicking spot, ini bermakna ada masanya serbuk penyerap pun tidak berkesan. Jika tompokan tersebut muncul setelah beberapa minggu selepas cucian, ini berkemungkinan adalah kerana sisa sabun yang melekit (berpunca daripada pencuci fabrik tidak membilas dengan baik). Kotoran ini dapat ditentukan menggunakan pH meter. Jika sisa kotoran tersebut berasal dari makanan & minuman bacaan pH biasanya diantara 3 dan 6. Jika dari sabun yang tertinggal bacaannya sekitar 8 hingga 10.

Jika terlalu banyak kawasan yang terlibat, saranan yang terbaik adalah meletakkan tuala kering atau serbuk penyerap (absorbent powder). Boleh juga menggunakan bahan cuci encapsulation jika sudah biasa dengannya. Sebaiknya, untuk setiap cucian cuba untuk meminimakan penggunaan air terutama pada karpet jenis hydrophobic untuk mengelakkan masalah wicking atau browning ini.

Book A Service Now

Website

  • 24/7
  • Fast Process
  • Quick Scheduling
15% discount

Consultant

  • 9AM to 5PM
  • Fast Response
  • Expert Advice

Website

  • 24/7
  • Fast Process
  • Real Time Scheduling
15% discount

Consultant

  • 9AM to 5PM
  • Fast Response
  • Expert Advice

Share this post

You may also like...