Punca Kulit Gatal Di Malam Hari

Clean Hero

Clean Hero

All Posts
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Kulit berasa gatal buat anda terjaga sepanjang malam? Alahan seperti ekzema menjadi teruk pada waktu malam? Hal ini berlaku atas pelbagai faktor dan kami kumpulkan beberapa panduan untuk membantu anda mengetahui lebih lanjut mengenai punca gatal-gatal pada badan terutamanya kepada anda yang sering mengalaminya pada waktu malam. Kami juga selitkan untuk anda bagaimana untuk mengatasinya supaya anda dapat tidur yang lebih baik dan nyenyak tanpa sebarang gangguan.

 

Kenapa anda mengalami gatal-gatal pada waktu malam?

Punca utama yang paling biasa menyebabkan anda mengalami kegatalan pada malam hari adalah ekzema. Ekzema menyebabkan kulit anda menjadi kering, merah dan gatal ketika bersentuhan dengan bahan-bahan tertentu. Terdapat beberapa jeniz ekzema, tetapi yang paling kerap anda akan alami adalah ekzema atopik.

Apa yang menariknya, ekzema ini akan meyebabkan anda mengalami kerengsaan kulit yang berpunca daripada allergen. Seperti yang kita tahu, allergen ini terdapat pada sofa, karpet dan tilam didalam rumah anda. Satu lagi informasi yang penting untuk anda tahu tentang ekzema atopik ini selain daripada rasa gatal, ia juga akan menyebabkan anda mengalami tanda-tanda seperti demam atau asma.

 

Kenapa ekzema ini jadi lebih teruk pada waktu malam?

Terdapat dua faktor utama yang boleh menyebabkan gatal-gatal itu menjadi lebih teruk pada waktu malam. Antaranya:

  • Tempat tidur anda panas: Apabila tempat tidur anda bersuhu panas, sama ada anda menggunakan tilam busa ataupun menggunakan tilam jenis sintetik, semuanya boleh membuat badan anda berasa panas. Lebih teruk lagi, ini akan membuat anda mudah mendapati gatal-gatal pada tubuh badan seperti ekzema dan menganggu tidur anda.
  • Alahan terhadap hama dan pepijat: Walaupun terdapat banyak bahan allergen yang boleh menyebabkan ekzema seperti bulu haiwan peliharaan dan debunga, tetapi salah satu pencetus kegatalan pada waktu malam adalah alahan terhadap hama dan pepijat. Jika anda merasakan gatal-gatal yang teruk pada waktu malam, maka hama dan pepijat mungkin menjadi penyebabnya. Nak tahu kenapa? Ini kerana kebanyakan tempat tidur seperti tilam anda adalah tempat “favorite” dan merupakan tempat yang ideal untuk hama dan pepijat membiak. Persikataran tempat tidur yang panas dan lembap mendedahkan anda kepada peningkatan bahan allergen ketika anda tidur yang menyebabkan anda mengalami kegatalan pada badan anda.

 

Penyebab lain gatal pada waktu malam

Gejala ekzema mungkin menjadi lebih teruk pada waktu malam kerana beberapa sebab yang lain juga. Suhu seseorang akan menurun pada waktu malam akan membuat kulit anda berasa gatal. Ada juga terjadi jika badan anda berasa lembap pada siang hari seperti berpeluh atau memakai pakaian lembap, kesannya mungkin pada waktu malam. Mungkin anda merasa kegatalan pada kulit akibat kelembapan pada tubuh anda pada siang hari.

Pada masa yang sama, secara psikologinya, anda mungkin tidak sedar yang sewaktu anda tidur, anda lebih cenderung menggaru kulit anda yang gatal tanpa anda sedar. Anda mungkin menggaru kerana anda terlalu mengantuk untuk menahan diri daripada menggarunya. Hal ini boleh menyebabkan kegatalan itu menjadi lebih teruk dan seterusnya menganggu kualiti tidur anda.

 

Bagaimana mencegah ekzema pada waktu malam?

Sekarang anda semua dah faham bagaimana ekzema boleh berlaku kan? Jadi kami akan kongsi tips atau langkah-langkah untuk mencegah penyakit ekzema ini daripada terus menganggu tidur anda.

  1. Mandi pada waktu malam. Mandi secara berkala adalah penting untuk mengekalkan hidrasi kulit dan mencegah jangkitan.
  2. Elakkan fabrik yang keras. Jangan gunakan cadar atau tilam yang mempunyai fabrik yang boleh menganggu kulit anda seperti bulu atau poliester. Fabrik dan linen yang dibuat daripada 100% kapas adalah lebih lembut dan selesa untuk kulit anda.
  3. Pastikan suhu bilik tidur sejuk. Berpeluh dan badan rasa panas hanya akan membuatkan kulit anda lebih berasa gatal. Jadi pastikan suhu bilik anda sejuk untuk mencegah masalah ini.
  4. Mempunyai pola tidur yang baik. Pastikan anda mempunyai waktu tidur yang tetap untuk setiap malam dan luangkan masa untuk aktiviti santai seperti bersukan, membaca, atau bermeditasi sebelum tidur.
  5. Bersihkan perabot anda dari bahan allergen. Kebanyakan orang yang mempunyai ekzema juga mempunyai alahan, dan alahan akan membuat ekzema menjadi lebih teruk. Dengan membersihkan perabot, anda akan bebas dari bahan allergen yang biasa ada di rumah. Tanpa anda sedar sebenarnya allergen sangat berbahaya seperti bulu haiwan peliharaan, debunga, habuk, hama dan sebagainya.

Untuk memastikan yang anda betul-betul selamat dari mengalami sebarang penyakit gatal-gatal, cucian oleh profesional perlu dilakukan ke atas perabot rumah anda. Antara perabot yang senang untuk bakteria dan hama senang membiak adalah sofa, karpet dan tilam. Jadi waspadalah pada keadaan perabot anda dan dimana anda suka baring, kemungkinan tempat itulah punca anda mengalami gatal-gatal atau ekzema.

Pastikan anda dan keluarga anda selamat dari sebarang penyakit gatal-gatal atau ekzema. Hubungilah pakar cucian profesional yang semestinya mempunyai detergen yang diformulasi khas dan penggunaan teknologi khusus untuk membunuh bakteria dan hama.

More to explorer

CleanHero