Sumber foto: Google

Apakah itu allergen? Adakah sistem imun badan anda cukup kebal dari masalah allergen? Allergen adalah bahan yang asing terhadap tubuh badan kita dan menyebabkan tindak balas alahan kepada sesetengah orang. Antara bahan yang dikenali sebagai allergen adalah debunga, makanan dan hama habuk di sekitar kita. Antara tempat yang selalu allergen dijumpai adalah di tilam, lantai rumah, sofa dan juga karpet yang berada di rumah anda mahupun di pejabat. Terkejut bukan? Tetapi itulah hakikatnya, kebanyakan tempat allergen itu berada didalam rumah kita dan sekitar kita yang boleh membahayakan keselamatan keluarga kita sendiri.

Walaupun bahan ini biasanya diaanggap sebagai bahan yang tidak membahayakan, namun bagi sistem imun seseorang yang mempunyai alahan akan mengenalpastinya sebagai ancaman. Persekitaran kita mempunyai pelbagai kehidupan seperti binatang dan tumbuhan yang boleh menjadi allergen. Apabila bahan dalam persekitaran menyebabkan reaksi alahan pada seseorang, bahan tersebut dikenali sebagai allergen. Jadi, adakah anda terdedah kepada allergen?

Simpton dan kesan allergen

Sumber foto: Google

Jika sistem imun badan anda memberikan tindak balas alahan, jawapannya adalah ya! Anda telah terdedah kepada bahan allergen yang berada di sekitar anda dan menyebabkan tindak balas alahan yang juga boleh menyebabkan konjuktivits, keradangan pada membran lapisan mata dan memberi kesan kepada masalah kulit. Antara simpton daripada kesan allergen adalah:

  • Bersin, hidung berhingus atau hidung gatal,
  • Mata berair, mata bengkak dan mata menjadi gatal,
  • Sukar bernafas, semput atau batuk
  • Bibir atau lidah bengkak dan gatal
  • Kegatalan pada anggota badan
  • Sakit kepala atau sakit tekak
  • Gelita atau ruam
  • Ekzema atau dermatitis

Secara tipikalnya, situasi ini adalah kesan daripada bahan allergen terutamanya dalam persekitaran tertutup seperti didalam rumah ataupun pejabat. Setiap allergen mencetuskan tanda dan kesan yang berlainan. Dengan tanda-tanda tersebut, pakar akan mendapat petunjuk mengenai jenis allergen yang telah terdedah kepada seseorang itu. Jadi, bagaimana kita boleh merawatnya atau mengatasi masalah allergen ini?

Cara mengatasi allergen

Jawapannya mudah, jika anda mengalami alahan yang teruk, pastikan anda berjumpa dengan doktor segera. Doktor boleh memberikan nasihat perubatan yang wajar dan tepat, bergantung kepada masalah alahan anda. Biasanya, sebelum rawatan, doktor akan menjalankan ujian alahan yang boleh dibuat melalui ujian kulit atau ujian darah.

Seterusnya, bagi mengatasi allergen ini, pastikan persekitaran anda sentiasa bersih dari sebarang kotoran dan habuk. Malah, satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal alahan dan imunologi klinikal mendapati bahawa sekurang-kurangnya 50% alergen dikesan didalam rumah. Jadi, penting bagi kita untuk memastikan bahawa kawasan perumahan kita selamat daripada allergen yang melekat di tilam, lantai rumah, sofa dan karpet.

Antara cara yang terbaik bagi memastikan seluruh ahli keluarga anda sihat, anda boleh hubungi perkhidmatan pembersihan yang profesional dan diiktiraf untuk memastikan bahawa seluruh kawasan rumah anda kekal selamat dan bersih.

Book A Service Now

Website

  • 24/7
  • Fast Process
  • Quick Scheduling
15% discount

Consultant

  • 9AM to 5PM
  • Fast Response
  • Expert Advice

Website

  • 24/7
  • Fast Process
  • Real Time Scheduling
15% discount

Consultant

  • 9AM to 5PM
  • Fast Response
  • Expert Advice

Share this post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

You may also like...

Jangan lepaskan peluang ini!
Klik gambar untuk WhatsApp sekarang.​