Asas Pembersihan

 

Sekiranya kita perhatikan cara membersihkan benda disekitar seharian hidup ini, kita dapat lihat bahawa proses pembersihan yang dilakukan adalah hampir sama. Bagaimana kita membersihkan pinggan yang berlauk selepas kita makan? Bagaimana kita membersihkan baju sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh? Bagaimana kita membersihkan motosikal atau pun kereta?

Image result for vacuum karcher NT38/1

1) Pembersihan kotoran kering

Sekiranya ada menjawab, kita akan buang terlebih dahulu sampah-sampah besar seperti tulang ayam, daun, kayu sebelum proses pembersihan, maka anda betul. Dan proses yang sama perlu dilakukan semasa membersihkan karpet.

79% kotoran dapat dihilangkan dengan proses mengvakum, yang mana proses ini membuang segala kotoran yang tidak boleh larut dengan bahan cuci.

Vakum yang baik ialah vakum yang mempunyai berus (beater bar, pile lifter) yang mana ia berfungsi untuk membuka serat supaya proses sedutan lebih efisien. Jangan terkejut, ada dikalangan pencuci karpet atau fabrik yang mengabaikan proses ini. Mereka hanya akan mengeruhkan keadaan (jadi lumpur) dan karpet tidak akan bersih dengan baik.

Image result for pressure sprayer

2) Elemen Asas Cucian

Elemen ini ada asas utama kepada proses cucian atau pembersihan. Ada empat elemen dalam pai/bulatan permbersihan. Elemen ini berkait rapat, dan sekiranya satu elemen dikurangkan bahagian, elemen lain perlu ditambah bahagian supaya dapat menampung bahagian yang kurang.

Image result for surfactantSabun – Sabun atau bahan cuci adalah sangat penting, yang mana bila tiada, seolah tiada proses pembersihan yang berlaku. Air kosong bukanlah bahan cuci yang baik lebih-lebih lagi dengan kotoran berminyak.

Bahan cuci memboleh proses pembasahan dan emulsi berlaku bagi memastikan penyingkiran kotoran berjalan dengan baik.

Cara mengapungkan kotoran (soil suspension) atau dalam erti kata lain, proses mengeluarkan kotoran daripada serat karpet ialah dengan menjalankan proses pre-spray. Bahan cuci ini hendaklah berkebolehan menguraikan minyak serta resin yang terlekat pada serat. Proses pre-spray adalah mandatori dan tidak boleh dilangkau sama sekali.

Image result for floor scrubbing machine karcherSental (Agitation) – Sental atau memberus serat fabrik merupakan proses kedua. Mesin basuh berpusing bagi mewujudkan pergerakan fizikal yang mana akan bertindak seolah proses sentalan berlaku. Kawasan trafik tinggi memerlukan sentalan yang lebih.

Suhu – Tidak dapat dinafikan, suhu yang tinggi dapat menghasilkan cucian yang lebih baik. Minyak dapat diuraikan dengan senang menggunakan air panas. Suhu sekitar 50 darjah celcius sudah mencukupi.

Selain kesan yang baik pada cucian, air panas dapat membantu mempercepat proses pengeringan. Peningkatan 10 darjah celcius tidak dapat ditandingi oleh peningkatan penggunaan bahan cuci, masa atau sentalan. Usaha meningkatkan suhu adalah lebih baik. Peningkatan suhu secara tidak langsung meningkatkan tindakbalas kimia dan merendahkan tegangan permukaan (surface tension) membolehkan surfactant (bahan utama bahan cuci) untuk menembus lebih jauh ke dalam serat.

MasaMasa adalah elemen penting yang sering dipandang ringan oleh kebanyakan pencuci. Masa rendaman ini menyebabkan bahan cuci tidak dapat pergi jauh dan bertindak balas dengan kotoran.

Masa minimum ialah 5 minit dan yang paling baik adalah sekitar 10-15 minit. Kanji dan gula memerlukan masa untuk terurai. Minyak akan mengambil lebih banyak masa lebih-lebih lagi jika sudah lama dibiarkan di atas karpet. Bahan cuci yang terbaik sekali pun akan memerlukan masa bagi menjalankan kerja yang ditugaskan.

3) Bilas

Bilas atau extract adalah proses mengeluarkan kotoran yang sudah diapungkan.

Image result for karcher blower

4) Pengeringan

Pastikan pengaliran udara yang baik semasa proses ini dijalankan. Alat seperti kipas angin, air-cond, air blower dan dehumidifier sangat membantu pengeringan. Nasihatkan pelanggan untuk memasang kipas dan membuka tingkap atau menjalankan alat penghawa dingin bagi membantu proses pengeringan.

Book A Service Now

Website

  • 24/7
  • Fast Process
  • Quick Scheduling
15% discount

Consultant

  • 9AM to 5PM
  • Fast Response
  • Expert Advice

Website

  • 24/7
  • Fast Process
  • Real Time Scheduling
15% discount

Consultant

  • 9AM to 5PM
  • Fast Response
  • Expert Advice

Share this post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

You may also like...

Jangan lepaskan peluang ini!
Klik gambar untuk WhatsApp sekarang.​