Hidung tersumbat? Gatal hidung? Terasa lendir pada hidung dan tekak? Jika anda mengalami masalah berikut, mungkin anda mempunyai masalah resdung. Resdung adalah salah satu penyakit yang berpunca daripada alahan ataupun dikenali sebagai allergic rhinitis.

Kebiasaannya anda akan mengalami bersin dan hidung gatal apabila anda bangun pagi-pagi. Ia disebabkan sistem imun badan bertindak balas secara berlebihan ataupun dipanggil hypersensitiviti dalam istilah sainsnya. Kebanyakan orang yang mengalami resdung mempunyai lapisan yang menyelaputi bahagian dalam hidung yang sangat sensitif terhadap habuk atau debunga.

Apabila sebut pasal habuk dan resdung ni, maka ia memang saling berkait rapat. Ibarat aur dan tebing, bagai dakwat dan kertas. Bayangkan kalau habuk terlalu banyak di sekililing anda, habuk masuk mata, anda bernafas dan habuk masuk pada rongga hidung anda, tekak pun akan jadi sakit. Mesti ia membuat anda rasa tak selesa kan? Perkara inilah yang disebut sebagai resdung dan puncanya adalah habuk.

Ramai yang menganggap remeh tentang habuk yang berada di dalam rumah. “Ala habuk je, nanti sapulah”. Perkataan “nanti” tu lah yang akan membahayakan kesihatan anda. Nak tahu tak? Dalam habuk tu terdapat banyak pembiakan bakteria dan hama. Ini akan menyebabkan anda mendapat jangkitan bakteria pada rongga sinus dan mengakibatkan rongga sinus jadi tersumbat.

Lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan bagi kuman bakteria. Pembiakan bakteria akan menyebabkan bengkak dalam lapisan hidung itu dan membuatkan saluran sinus ini tersumbat. Jika jangkitan bakteria ini dibiarkan berlarutan dan tidak dirawat dari awal, ia akan menghasilkan nanah dan merebak ke mata serta rongga-rongga lain. Sehubungan itu, seseorang yang menghidap selsema dan tak sembuh selepas seminggu, mereka mungkin menghidap masalah sinus dan perlu mendapatkan rawatan segera.

Walaupun resdung bukanlah penyakit yang mengancam nyawa, tetapi komplikasi boleh berlaku dan memberi kesan kepada kualiti hidup anda. Sebagai contoh, anda akan mengalami masalah tidur yang tidak selesa ataupun mengalami sumbatan sewaktu tidur (Obstructive sleep apnea) ketika resdung menyerang. Lebih teruk jika ia boleh menyebabkan prestasi kerja merundum kerana rasa mengantuk ketika waktu kerja akibat tidur yang tidak mencukupi.

Simpton dan tanda-tanda resdung

Jika anda tak pasti anda mengalami resdung atau tidak, anda boleh kesan melalui simpton yang klasik menunjukkan seseorang itu menghidap resdung.

  • Bersin
  • Hidung berair
  • Hidung tersumbat
  • Hidung gatal

Selalunya simptom di atas berlaku pada waktu pagi ataupun apabila anda terdedah kepada allergen iaitu bahan yang menyebabkan simptom alahan. Selain daripada simptom ini, terdapat juga simptom-simptom lain yang mungkin berlaku bersama-sama iaitu:

  • Kurang deria bau
  • Sakit tekak berpanjangan
  • Sakit kepala
  • Sakit telinga
  • Mata berair/ mata merah/ mata bengkak
  • Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
  • Mudah berasa letih dan lesu

Masalah resdung ini boleh berlaku kepada semua orang, semua peringkat umur, tetapi jangkitan bakteria pada sinus lebih kerap berlaku di kalangan remaja dan usia dewasa. Resdung juga kerap berlaku kepada anda yang mempunyai sejarah keluarga dengan masalah ini dan kepada anda yang sememangnya mempunyai masalah alahan seperti asma dan ekzema.

Macam mana nak kawal resdung?

Ramai yang berpendapat untuk mengubati penyakit resdung yang terbaik adalah menjalani rawatan menggunakan asap. Ia adalah sejenis rawatan yang menggunakan kain putih yang dinyalakan api sambil diletakkan pada keseluruhan muka secara berperingkat. Selepas habis rawatan, kononnya akan timbul habuk halus kekuningan yang didakwa habuk resdung. Ada juga mengatakan rawatan ini akan mengeluarkan ulat resdung menerusi kulit muka.

Macam-macam carakan orang sekarang buat untuk rawatan resdung ni. Tetapi sebenarnya semua tu tak betul pun. Pakar Runding Telinga, Hidung, Tekak (ENT) Kepala dan Pembedahan Leher, Dr Malina Sivarajasingam berkata, berdasarkan pengalaman setakat ini dia belum pernah melihat ulat keluar menerusi kulit disebabkan resdung.

Katanya kepada Harian Metro, jika ada pun ulat yang keluar dari rawatan menggunakan asap tu, ia hanya berlaku kepada mereka yang mengalami kanser hidung saja. Jadi apabila memperkatakan mengenai rawatan tradisional resdung sukar untuk diakui keberkesanannya. Malah dalam sesetengah kes ia boleh menyebabkan masalah pernafasan bagi pesakit asma. Jadi apa cara yang sebetulnya untuk mengawal penyakit resdung ini?

Caranya mudah, untuk mengawal resdung, anda perlu mengawal persekitaran anda daripada habuk dan pembiakan bakteria dan hama. Kebiasaannya, habuk yang sukar dibersihkan adalah pada karpet, sofa dan tilam dirumah anda. Walaupun habuk tu anda tak dapat lihat dengan mata kasar, tapi jauh di dalam serat fabrik anda terdapat pembiakan bakteria dan hama.

Walaupun anda dah vakum dan bersihkan perabot rumah anda, tetapi masalah resdung itu tetap tak hilang. Jadi apa yang perlu anda buat? Kami cadangkan anda lakukan cucian mendalam (deep cleaning) yang tentunya akan membersihkan serat fabrik anda secara mendalam. Dengan cucian mendalam oleh pakar cucian yang profesional dan penggunaan detergen khas pasti akan membantu untuk menghilangkan bakteria dan hama yang terdapat pada fabrik anda.

Tak perlu berubat kampung sampai menggunakan asap dekat hidung sebab sebenarnya resdung ini bukan berpunca dari ulat tapi kerana kotoran yang sudah lama terkumpul dalam rongga sinus. Kotoran ini berpunca daripada habuk yang anda sedut sepanjang hari ketika bernafas dan habuk ini mengandungi bakteria dan hama yang berbahaya pada kesihatan anda. Diingatkan lagi, jangan beli sebarang ubat di kedai-kedai jamu kerana kebanyakannya mengandungi steroid dan ia berbahaya kepada tubuh badan jika terlebih dos.

Paling penting adalah dengan menjaga persekitaran anda. Berubatlah macam mana sekalipun, jika persekitaran anda terdedah kepada habuk dan kekotoran, maka penyakit itu akan datang dan menyerang anda lagi. Dengan cucian mendalam oleh perkhidmatan cucian profesional, anda tak perlu runsing dan pening-pening lagi.

Lakukan cucian mendalam kepada karpet, sofa, tilam, kusyen kereta dan nikmati hidup yang berkualiti dan bebas daripada habuk.

Book A Service Now

Website

  • 24/7
  • Fast Process
  • Quick Scheduling
15% discount

Consultant

  • 9AM to 5PM
  • Fast Response
  • Expert Advice

Website

  • 24/7
  • Fast Process
  • Real Time Scheduling
15% discount

Consultant

  • 9AM to 5PM
  • Fast Response
  • Expert Advice

Share this post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

You may also like...

Jangan lepaskan peluang ini!
Klik gambar untuk WhatsApp sekarang.​