Adakah sofa anda membuatkan anda sakit?

Sungguh selesa apabila bersantai di atas sofa yang lembut dan empuk pada penghujung hari sambil menonton televisyen. Tetapi sekiranya anda ingin tahu, sebenarnya sofa boleh membuat anda jatuh sakit. Sebanyak 14% daripada penduduk Britain hanya membersihkan sofa mereka hanya sekali setahun atau kurang yang mana perkara ini mampu menimbulkan risiko pembiakan bakteria pada sofa mereka.

Kajian yang dilaksanakan terhadap orang ramai berkaitan aspek kebersihan ruang tamu mendapati bahawa hampir satu per lima daripada kita hanya membersihkan sofa setiap enam bulan manakala kira-kira 4% tidak pernah langsung membersihkan sofa.

Segala aktiviti yang dilakukan di atas sofa boleh menyebabkan sofa kita menjadi kotor dan memerlukan proses pembersihan kerana kajian telah mendapati lebih daripada separuh responden (51%) berehat di atas sofa sewaktu mereka sakit dan 70% responden telah makan dan minum di sofa mereka.

Sumber: http://sportschump.net

Di samping itu, terdapat 17% responden memotong kuku jari dan kaki di atas sofa dan 15% responden sering meninggalkan pakaian atau barangan yang kotor di sofa. Lima belas peserta dalam kajian itu berkata mereka telah melahirkan anak di atas sofa mereka.

Mengulas tentang pentingnya membersihkan sofa secara berkala, Dr Laura Bowater, ahli mikrobiologi di Universit East Anglia berkata: “Bakteria seperti Staphylococcus aureus dan bakteria komensal boleh membiak dengan banyak di rumah termasuk pada alat kawalan jauh pembuka pagar dan juga perabot lembut seperti sofa, tilam.

“Perkara yang sama terjadi pada virus. Virus Norovirus adalah virus jahat yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit dan cirit-birit. Virus-virus kecil ini dapat membiak dan boleh mendarat pada permukaan seperti sofa di mana orang lain juga boleh dijangkiti.”

Hasil kajiannya sangat tidak menyenangkan memandangkan sofa yang berada di rumah biasanya tidak baru. Satu per empat sofa berusia antara lima hingga sepuluh tahun dan sebanyak 12% yang berusia lebih daripada sepuluh tahun.

Sumber: http://ecosuds.ca

Kebanyakannya pemilik sofa hanya membersihkan sofa mereka atas sebab tumpahan makanan minuman atau apabila tetamu ingin datang. Terdapat 15% responden telah berbuat demikian untuk membersihkan tumpahan dan lebih daripada satu daripada sepuluh akan membersihkan sofa disebabkan oleh tetamu yang akan datang melawat.

Dr Bowater meneruskan: “Mencuci tangan adalah penting untuk mencegah berlakunya penyebaran jangkitan serta sentiasa memastikan persekitaran rumah anda termasuk sofa dibersihkan secara mendalam bagi tujuan mencegah penyebaran penyakit kepada ahli keluarga atau pelawat lain.”

Sekiranya anda makan secara teratur di atas sofa anda, Kevin Royal di ScS menasihatkan supaya anda membersihkan habuk makanan dan mengvakum sofa anda sekali seminggu dengan aksesori vakum yang sesuai bagi memastikan sofa anda sentiasa dalam keadaan bersih. “Pastikan anda mencari kaedah pembersihan yang terbaik untuk pembersihan sofa atau hubungi pencuci profesional bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang kerosakan,” tambahnya.

sofa-clean-home.jpg
Sumber : https://www.yours.co.uk

Petikan sumber daripada https://www.yours.co.uk

Book A Service Now

Website

  • 24/7
  • Fast Process
  • Quick Scheduling
15% discount

Consultant

  • 9AM to 5PM
  • Fast Response
  • Expert Advice

Website

  • 24/7
  • Fast Process
  • Real Time Scheduling
15% discount

Consultant

  • 9AM to 5PM
  • Fast Response
  • Expert Advice

Share this post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

You may also like...

Jangan lepaskan peluang ini!
Klik gambar untuk WhatsApp sekarang.​